Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

SANDAKAN

Imej
SANDAKAN 2020 TULISAN:RASMAN Sandakan  ( Tulisan Jawi :  سندقن ‎), merupakan salah sebuah bandar utama di  Sabah  dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di  Teluk Sandakan  menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau  Borneo  dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009). Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri  Borneo Utara  semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa  Perang Dunia Kedua  1941-1945. Peristiwa  Kawat Maut Sandakan  di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini. Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya  Sungai Kinabatangan ,  Gua Gomantong ,  Taman Pemuliharaan Orang...