SANDAKAN
SANDAKAN 2020
TULISAN:RASMAN
Sandakan (Tulisan Jawi: سندقن), merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.
Imegrison sandakan bila buka ya
BalasPadam